Maksimumkan Pelaburan ASB Part 3

Syukur alhamdulillah. atas rezeki yang telah KAU beri Ya ALLAH.. sebenarnya tadi baru cek ASB punya dividen. sebelum ni aku kira rasa macam kena bayar sendiri dalam sebulan tahun ni. sebab tahun lepas aku top up loan tu lambat. dalam bulan 3 baru aku mula bayar. tak sangka sijil aku tu dah ada dari bulan satu lagi rupanya MAYBANK belikan. hehe.. saja jer aku buat-buat tak nak kira bonus hari tu. sebab malas nak kira yang 10tahun lepas punya baki. sekali suami aku telefon tadi bagitau berapa jumlah dividen yang dapat. syukur sangat tahun ni dah tak payah susah-susah nak cari duit bayar bulanan dah. dividen ni dah boleh tampung untuk bayaran sampai Bulan Januari tahun depan. siap ada lebih lagi..hehe

so, apa lagi yang korang kena tahu pasal kelebihan buat pinjaman ASB ni?

  • tahun pertama jer perlu susah sikit untuk bayar ansuran bulanan tu. masuk tahun kedua, dividen korang dah dapat, apa lagi gunakan dividen tu untuk bayar ansuran la. jangan dijolikan pulak. lepas tu kalau nak berkat, sucikan duit ni zakat 2.5% jangan lupa bayar sebab ni kira pendapatan tahunan kita juga ni walaupun kita masih berhutang dengan bank. hehe
  • kalau korang buat pinjaman ni, lepas tu korang nak tamatkan dah tak nak bayar atau tak mampu bayar, lepas 2 tahun korang dah tak kena denda. kalau korang nak tamatkan sebelum dua tahun memang korang kena denda la. bank akan suruh bayar penalty.
  • kalau korang buat loan dengan Maybank, dia akan sediakan insurans untuk korang. korang kena bayar Rm1000. nanti dia masukkan sekali dalam ansuran bulanan kita. tak payah la korang nak sediakan Rm1000 bayar sekali gus. kalau dengan RHB dia tak der insurans. so korang jimat la seribu dalam jangkamasa pendek. (aku cadangkan seeloknya korang ambik yang ada insurans la untuk jaminan masa hadapan)
  • dividen yang ASB bayar ni dikecualikan dari cukai pendapatan kita.

sampai sini dulu entry aku kali ni. nak kena masak dan ambik anak-anak sekejap lagi. insyaallah entry seterusnya aku ceritakan kenapa kena ambik loan semaksimum yang boleh… by…

uppsss.. sebelum lupa. korang dah baca entry ni ker belum? hehe

maksimumkan pelaburan ASB part 1

maksimumkan pelaburan ASB part 2

Related posts:

  1. Maksimumkan Pelaburan ASB (Part 2)
  2. Maksimumkan Pelaburan ASB (part 1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Protected by WP Anti Spam