Bagaimana saya mengenali Kasturi Syifa’

lama dah tak menarikan pena kat blog ni. banyak cerita yang nak dikongsi. tapi kesuntukan masa dengan aktiviti harian membataskan segala niat untuk bercerita. kali ni aku nak kongsi cerita pasal Kasturi Syifa’. testimonial ni mungkin dapat dikongsi bersama dengan ibu-ibu yang mempunyai anak kecil di luar sana.

walaupun anak dah tiga, itu bukan bermakna aku adalah umi yang sempurna. sebab setiap anak memiliki keletah yang berbeza. kisah kali ni aku kongsikan apa yang berlaku terhadap Fahmi. memang menyesal tak terkira sebab selama 6 bulan dia hadir di dunia aku tak terfikir perkara ini yang berlaku.

sebelum ni aku masih was-was dengan kasturi syifa’ yang dijual oleh biras aku sendiri. masa aku beli, niat cuma satu jer. sebagai langkah berjaga-jaga andai ditakdirkan anak-anak aku menangis di tengah malam secara tiba-tiba. maklum lah, bumi ini bukan hanya manusia sebagai makhluknya. aku beli dan simpan dalam beg tangan jer. tak pernah terniat nak cuba pun.

sampai la satu malam. dalam pukul tiga lebih, Fahmi menangis menjerit secara tiba-tiba di tengah malam. aku ingat dia sakit perut. selalunya fahmi akan diam bila aku dah sapukan minyak kat perut dan beberapa anggota badan dia. tapi kali ni dia tak nak berenti menangis. sampai tersedu-sedu. lama-lama mata terpejam, tapi dia tetap menangis sampai dah tak de suara. ntah macam mana terdetik kat hati untuk mencuba kasturi syifa’ lepas tak sanggup tengok Fahmi terus menangis. lepas aku bacakan selawat dan sapukan di beberapa bahagian badan dia, Fahmi terus diam dan tertidur lena. syukur sangat akhirnya ALLAH mendatangkan ilham untuk aku mencuba ikhtiar ini.

kegembiraan aku tak berhenti kat situ. bangun jer pagi tu, Fahmi langsung tak menangis bila aku tinggal dia. dia hanya senyum. aku nampak muka dia sedikit bercahaya berbanding sebelum ni. dia boleh main sorang diri sementara aku bersiap-siap untuk ke tempat kerja. selalunya, kalau aku tinggalkan dia mesti dia menangis. tak pernah dia nak main sendiri.

kejutan berlaku sekali lagi kat nurseri pulak pagi tu. selama ni,Fahmi akan menangis bila cikgu dia letakkan dia sekejap kat tilam untuk ambik Irdina yang selalunya tengah tidur masa aku hantar diaorang kat nurseri. tapi, pagi tu dia diam. langsung tak menangis. aku tergamam. tanya cikgu dia, ada cikgu lain ker kat dalam dengan Fahmi. tapi cikgu dia kata tak de. hanya dia jer yang baru bertugas pagi tu. dalam seminit aku tunggu. sambil menyembang dengan cikgu dia. ternyata Fahmi tak menangis lagi pagi tu.

terus terlintas kat hati betapa aku adalah umi yang zalim terhadap anak sendiri. selama 6 bulan Fahmi menangis dan tak boleh tinggal seorang diri aku anggap perkara biasa jer. sebab bagi aku, mungkin Fahmi bersama aku 3 bulan menyebabkan dia tak boleh tinggal seorang diri. ternyata semua andaian aku meleset. rupanya ada yang sedang bersama dia selama ini.

sekarang, Fahmi dah 7 bulan setengah. alhamdulillah dia dah tak menangis lagi dan boleh main seorang diri. tak perlu aku atau suami duduk dekat dia lagi. aku harap, untuk ibu-ibu muda terutamanya. jadikan kisah ini sebagai pengajaran. andai anak kita menangis sentiasa, bukan disebabkan dia lapar atau buang air, ikhtiar lah sesuatu. walaupun kita hidup di zaman moden, namun makhluk lain tetap ada disekitar kita.

 

kalau ada yang nak oder, boleh call atau sms: o17-3481903.. semoga perkongsian ini ada manfaat untuk semua.;)

 

GA MEGA (al-quran digital)

Assalamualaikum..
alhamdulillah atas rezeki yang diberikan sepanjang 3 tahun kami menjalankan perniagaan online. terima kasih kepada semua customer yang memberi sokongan selama ini dari mula-mula kami bertapak lagi.

Dengan rendah hati, kami melancarkan GA MEGA AL-QURAN DIGITAL M3 bermula 7 April (bday suami) sehingga 4 Mei 2012 (bday saya). nama pemenang akan diumumkan dekat wall IBB selepas tarikh tersebut.

cara menyertai:
1) WAJIB like page Irdina Butik Baju
2) Share kat wall tentang contest ni
3) lengkapkan ayat berikut dalam bentuk yang paling kreatif : ‘andai al-quran ini milikku …’ dekat ruangan komen. (tpt lain x kan diambil kira)

PEMENANG UTAMA akan ditentukan berdasarkan jumlah like yang paling banyak pada komen anda. 3 HADIAH SAGUHATI AKAN DIBERIKAN KEPADAyang bertuah dan yang paling banyak share serta yang menambat hati admin.

good luck n all da best.. semoga perkongsian kami kali ini diberkati hendaknye..

TSUNAMI ACHEH 2012

Doa ketika mendengar Tsunami bakal melanda.

YA ALLAH.. lindungi lah semua umat Islam di mana juga mereka berada… dalam kita bersenang-senang menikmati cuti sempena pertabalan DYMMYDP Agong, kita digegarkan dengan gempa bumi di Acheh. mungkin kita dalam keadaan leka. lantas Allah memberi peringatan agar kita terus mengingatiNYA…